Thursday 3 March 2011

monolog - aku dan diriku

Penderitaan...kesakitan...kesengsaraan...aku cuma tahu aku telah terbenam dalam kesakitan yang tercipta oleh kelalaianku sendiri. Ada kau rasa? Lihat...lihat...kau lihat...apa yang aku rasa adalah kesakitan. Aahh....sakit!!! aku sakit...ini semua sebab kau!!! Aku jadi sakit semua kerana kau!!! macam sial!!! Emak pukul aku sehingga aku merasakan kesakitan yang menyelubungi seluruh badanku ini. Aku tersepit ketika itu. Aku tidak boleh lari. Aku seperti mahu menangis. Mahu menjerit.  Mengadu pada dunia kepiluan yang terucap dalam hatiku. Antara keinginan dan ibu ku. Aku suka perempuan. Kalau boleh aku ingin jadi perempuan sepuas-puasnya. Tapi, aku takut dengan keinginan dan kepuasanku sendiri. Mak kata aku bodoh...mak kata aku lelaki...aku tergamam.nadiku seperti tidak berdenyut, darah seperti deras mengalir, jantungku seperti terbakar. Aku dan kamu? Apa bezanya? Fizikalkah? Perwatakankah? Apa? Jika ya aku rela dibutakan mata dari hidup dalam kesengsaraan yang menghantui diriku ini. Tapi, ibuku  memukul aku...mencela aku. Orang sekeliling pun memandang kau. Hina sangatkah aku? Jijik sangatkah? Aku dihina...dicaci...dimaki...dikutuk... itu yang mereka mahukan. Salahkah aku? Aku mahu hidup macam orang lain. Mak apa salah aku? Apa salah aku? Mak kata aku sial...malukan dia...anak yang tidak berguna. Aku cuma mahu puaskan nafsu aku yang ingin jadi perempuan tapi aku dipukul macam anjing. Aku bersedih menahan kesakitan yang yang menusuk jantungku. Aku tau aku bersalah tapi aku puas dengan hidup aku. Aaahh...Persetankan semua tu!. Kenapa orang tidak boleh terima aku? Apa salah aku? Aku tak pernah kacau hidup mereka? inilah kali pertama aku menatap mata suci ibuku. Aku terpaku di situ, seperti terpukau oleh kedukaan yang terbendung dalam matanya. Maafkan aku....



No comments:

Post a Comment