Monday 14 March 2011

DEFINISI SINOGRAFI


Sinografi adalah merupakan terminologi yang tepat untuk digunakan sebagai mewakili keseluruhan bentuk seni visual yang dapat dilihat dalam sesebuah produksi  iaitu rekaan pentas, kostum, pencahayaan, susun atur ruang lakon, penggunaan ruang untuk pelakon termasuklah persekitaran reka bentuk dalaman sesebuah panggung dan apa saja kesan visual yang dapat dilihat di dalam panggung tersebut.

Kepentingan sinografi boleh dianggap sama di dalam sesebuah teks, contohnya seperti apabila kita sedang berdialog dan ia mencipta seni percakapan serta tingkah laku di atas pentas. Sinografi juga mencipta seni visualnya untuk mengingatkan bahawa perkataan yang lahir dari sesebuah teks tidak cukup untuk menghuraikan dengan sempurna sesebuah persembahan.

Terminologi ini sudah digunakan di Benua Eropah dan Amerika sejak tahun 1800 lagi. Sejak kewujudan teater di zaman Greek dan seterusnya, ke zaman Renaisance pakar sinografi telah berlumba-lumba merekacipta visual untuk memantapkan sesebuah pementasan teater. Konsep sinografi secara keseluruhannya belum pernah diaplikasikan kepada dunia seni persembahan di Malaysia, justeru itu projek ini ingin mengorak langkah sebagai projek perintis memperkenalkan sinografi sebagai satu elemen yang penting dalam penerbitan sesebuah persembahan.

Displin sinografi terhadap ruang, naskah (skrip), drama, warna dan komposisi, pengarahan, aktor serta penonton dengan menggunakan teknik dari naskah ke ruang lakon. Projek ini ingin menguji sejauh mana berkesannya sinografi dalam sesebuah pementasan teater.

2 comments: